Friday 27 April 2012

Pesta Buku and Kedai Pink AinMaisarah





Assalamualaikum dan hai semua! Bila tengok tajuk, confirm korang boleh teka apa yang aku nak ceritakan kan? Huahua, okay, gini ceritanya. Tadi waktu aku on facebook aku, aku checklah bahagian home aku, tiba-tiba aku ternampak gambar Kedai Pink AinMaisarah which is my fav novelist! Kedai tu bukan main PINK, GEDIK, dan HOT! Hehehe, tapi memang cantiklah. Ramai gila orang kerumun kat kedai tu sambil bawak anak-anak dorang. Aku yang sekadar tengok dari skrin laptop je, bukan main nak gila sebab rasa tak sabar sangat. (Hahaha, mesti korang fikir aku ni obses kan? Suka hati koranglah, tapi aku memang gila novel!) Aku pun tunjuklah gambar tu kat abang akulah, bibik akulah. Macam orang tak siuman pun ada. Mwehehe.. Pastu aku scroll sikit ke bawah, ternampak pulak satu gambar yang agak blur iaitu gambar mak teh aku ngan ainmaisarah. Apalagi, buat aku lagi tak sabar nak pergi PWTC nanti. Hohoho, however, sebenarnya ada pakej yang dijual di Kedai Pink AinMaisarah tu nanti. Pakej tu berharga RM 150. Ada merchandise, barangan special, dan juga termasuk dengan 6 buah buku kat gambar atas tu. Keenam-enam buku tulah buku terbaru. Of courselah aku nak beli. Mak aku kata nak sponsor RM 100, nanti aku nak cuba tanya ayah aku pulak camano. Tapi aku still keluarkan duit tabung aku, aku bukannya bersenang-lenang guna duit ibu bapa jer. Sekarang pun aku dalam misi mengumpul buku-buku lama ainmaisarah yang aku dah baca tapi belum ada. Kira-kira lagi 7 buku aku belum ada. Mungkin bagi korang ada yang fikir aku ni membazir, bak kata kakak kandung aku, TAKDE LIFE sebab asyik dengan dunia buku jer. Tapi itulah hobi dan minat aku, nak buat camane kan? 

Ikutkan, maybe kitorang (me and my family) nak pergi esok, Sabtu - 28 April 2012. Tapi ayah aku tak izinkan sebab ada PERHIMPUNAN BERSIH lah katakan. So, pasrah jelah walaupun geram. Jadi mungkin kitorang pergi hari Ahad, ataup Sabtu atau Ahad minggu depan. Entri kalini pun dah sampai ke penghujung, dan sekarang menunjukkan pukul 10.40 malam jadi selamat malam :) Kalau yang nak tidur tu jangan lupa basuh kaki, basuh muka ke apa yang patut, jangan lupa solat Isyak bagi yang beragama Islam. Lepastu bila nak tidur, salam ibu dan bapa, pastu baring kat katil, mesti mengiring ke kanan, ikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Baca doa tidur dan tidurlah. (Panjang pulak aku terangkan cara nak tidur, hehe) Siapa yang nak tengok movie ke apa malam ni, hope korang enjoylah kay.  Okay, selamat malam dan senyum selalu. Night- night ♥

No comments:

Post a Comment