Sunday 18 November 2012

Nervous, Pressure

RESULT UPSR KELUAR ESOK!! >.<
-Gary from SBS 'Running Man'-

Argghh! Untuk makluman semua, keputusan UPSR keluar esok right? Wadduuhh, pressure-nya! Nervous-nya! Macam mana kalau aku x dpt 5 A esok? Heboh satu kampung nnti klau aku x dpt 5 A cause semua cousin, mak cik pakcik, semua dh set minda dorang yang aku akan dpt 5 A esok. Sampaikan ada di kalangan dorang yang kata "Alah, mesti 5 A dlm genggaman punya.." Pressure tahu bila dengar ayat camtuh! Lain lah kalau masa aku buat exam tuh aku yakin yg aku akan dpt 5 A, tu lain citerlah, bolehlah aku tanamkan keyakinan dlm diri aku ni. Tapi, masa tu dhlah aku banyak careless waktu buat exam BM Penulisan. Selalunya aku okey je dalam bab2 mengkarang cerita BM nih, tapi waktu UPSR pulak otak aku ni wat masalah.. Sebab otak aku asyik men-setkan suruh buat karangan paling perfect, no mistake! no isi yang bosan! Sampaikan aku asyik tukar2 idea, asyik2 padam kertas soalan cause nak buat idea lain pulak, sampaikan nak tamat masa jwb exam pun aku still dlm Bahagian B. Bahagian C pulak tertinggal satu haprak tak buat. Stress gile aku dibuatnye masa tuh! Lagilah aku geram bile aku tengok kawan-kawan aku yang lain dh nak siap, pastu dorang nampak relax jerr jawab. Huhh... :( So aku terkocoh-kocoh lah siapkan, isi karangan aku pun aku main taram jer, pastu Bahagian C aku pulak aku tulis jer cepat2. Aku tengok petikan sikit, tanpa fikir banyak2 aku terus tulis nilai murninya. Pastu elok2 pulak pengawas peperiksaan tu cakap "Peperiksaan sudah TAMAT. Sila letak pensel kamu semua." Aaahhhh! Waktu tu aku rasa nak menjerit jer kuat2 kat dalam kelas tuh walaupun aku smpat siapkan paper aku tuh. Tapi jiwa aku tak tenanglah.. Tak berkualiti langsung karangan yg aku hasilkan masa tuh.. Serious aku cakap wehh, aku masa tu berpeluh gila sebab pasal KECUAIAN aku masa tuh. Aku rasa itulah kali kedua aku rasa camtuh. (first time waktu aku darjah 5 means tahun lepas lah, yang tuh takyah citer)

Padahal karangan yang aku pilih tu senang jer.. Arahan karangan aku tuh camnih
'Sila akhiri cerita anda dengan "Aku ingin kunjungi ke tempat itu lagi", ' Senang right? Itu dikirakan karangan budak darjah 3 ngan darjah 4. Kan selalu cikgu kasi karangan camtuh waktu kita semua darjah 3 gitukan.. Hmmm... Itulah, aku dulu suka buat karangan camtuh.. Tapi bila dah lama kelamaan, dah mula masuk darjah 5 aku dh biasa buat karangan jenis laporan, surat tak rasmi gituh. So aku dh hilang 'keselesaan' aku dalam mereka karangan camtu lagi. Lagilah malu kalau aku dapat BM Penulisan 'B' sebab selama ni aku dikenali oleh keluarga aku sebagai orang yg suka baca buku citer BM. Haihh, apakan daya, tak boleh diubah pun kalau mengenang balik kesilapan yang lalu. Aku cuma boleh belajar dari mistake aku tuh supaya jangan buat lagi di masa hadapan. Harap2 miracle berlakulah esok waktu pengumuman result kitorang semua. Harap2 nama aku dipanggil naik ke atas pentas untuk menerima anugerah 5 A! Amin ya Rabbal Alamin.. Korang yg baca entri aku kali ni mesti penat kan? Berjela-jela aku cerita pasal kecuaian aku waktu menjawab exam. Hmm, harap2 aku dapat 5 A esok including my friends jugak.. Apa2pun yang terjadi aku kena redha jugak esok..