Monday 10 December 2012

Layan Sajalahh~

Hye dan assalamualaikum,,

Arrghh! Sudah banyak benda berlaku in my life, but i tak write pun dlm blog nihh.. Padahal bukannya wajib, cume aku memang teringin nak jadi cam bloggers yang lain, baru best.. tapi korang ponn dah tahu yang aku ni pemalas tahap gaban nak tulis entri ikut masa yang tepat, right? Anyway, sebenarnya aku nak post 5 entri (banyak kan yang aku lambat post?) :

1st, pasal my UPSR result cause i have to answer my latest post yang pasal nervous tu kan?

2nd, pasal wedding HaHa and Byul. ^__^

3rd, pasal Perjumpaan Tahunan Pembaca AinMaisarah (my most favourite author) in 2012.

4th, pasal trip ke Sunway Lagoon!!

5th, pasal my latest interview kat SMA MAIWP (sbb sebelum interview yang ni ada interview kat SBPI Rawang).

Hisyy, nanti nak pergi book fair Big Bad Wolf pulak, itu pon kena di-entrikan juga ke dalam blog nih cause itu akan jadi kali pertama aku gi book fair tuh. Dahlah book fair tu ade HUGE discount! 75- 95% discount nyeer! OMYGODD! Best kan? Lagi pon pesta buku ni berlangsung dari 7 hingga 23 Disember, so ada masa lagi sebab hari ni baru 11 Disember.

Haa, lagi satu, korang (yang pernah blogwalking ke sini) mesti nampak perubahan blog aku nikan? yelahh, sebelum ni aku pakai blogskin yang 'Like a Paradise' tuh.. Nak tahu di mana mahu cari blogskin? Senang aja, hanya pergi ke link ini : [
www.blogskins.com]
Haa, habis cerita, pastu korang pilihlah skin korang sendiri. Aku sekarang upgrade ke template yang baru, yang macam blog aku yang sekarang nih.. Cuma blog aku yang sekarang ni sebenarnya belum fully recovered. Maksud aku, ada banyak lagi yang aku nak tambah kat blog aku nih supaya nampak lagi lawa. :)


Bila tengok balik, sebenarnya takde sorang pun yang komen kat blog aku nih, cam menyedihlah pulak kan? Tapi aku takdelah kesah mana, takde orang bertandang, jadilah macam aku bercerita kat my own blog. Ulang suara, my OWN blog. Senang, habis cerita kan? And my tulisan post pun dah lain kan? Aku guna font Verdana, lagipun nampak lagi kemas kan? Baru sedap mata owner blog ni memandang. Heheh..

Gambar kat top  blog tu pulak aku letak gambar ahli-ahli Running Man. Cerita korean variety yang best gila tuh. Hahaha, aku memang  minat pun cerita nih. ^_____^ Aku selalu tengok cerita ni kat internet jer, kat tv lambat sikit. Aku selalu follow cerita ni kat [www.epdrama.com] ataupun kadang-kadang aku tengok kat [www.kshowonline.com] Rasanya sampai sini saje my entri kali ini yang penuh dengan merungut, wakakaka, Assalamualaikum dan goodbaii :)

xoxo, miss rainbow button 

Sunday 18 November 2012

Nervous, Pressure

RESULT UPSR KELUAR ESOK!! >.<
-Gary from SBS 'Running Man'-

Argghh! Untuk makluman semua, keputusan UPSR keluar esok right? Wadduuhh, pressure-nya! Nervous-nya! Macam mana kalau aku x dpt 5 A esok? Heboh satu kampung nnti klau aku x dpt 5 A cause semua cousin, mak cik pakcik, semua dh set minda dorang yang aku akan dpt 5 A esok. Sampaikan ada di kalangan dorang yang kata "Alah, mesti 5 A dlm genggaman punya.." Pressure tahu bila dengar ayat camtuh! Lain lah kalau masa aku buat exam tuh aku yakin yg aku akan dpt 5 A, tu lain citerlah, bolehlah aku tanamkan keyakinan dlm diri aku ni. Tapi, masa tu dhlah aku banyak careless waktu buat exam BM Penulisan. Selalunya aku okey je dalam bab2 mengkarang cerita BM nih, tapi waktu UPSR pulak otak aku ni wat masalah.. Sebab otak aku asyik men-setkan suruh buat karangan paling perfect, no mistake! no isi yang bosan! Sampaikan aku asyik tukar2 idea, asyik2 padam kertas soalan cause nak buat idea lain pulak, sampaikan nak tamat masa jwb exam pun aku still dlm Bahagian B. Bahagian C pulak tertinggal satu haprak tak buat. Stress gile aku dibuatnye masa tuh! Lagilah aku geram bile aku tengok kawan-kawan aku yang lain dh nak siap, pastu dorang nampak relax jerr jawab. Huhh... :( So aku terkocoh-kocoh lah siapkan, isi karangan aku pun aku main taram jer, pastu Bahagian C aku pulak aku tulis jer cepat2. Aku tengok petikan sikit, tanpa fikir banyak2 aku terus tulis nilai murninya. Pastu elok2 pulak pengawas peperiksaan tu cakap "Peperiksaan sudah TAMAT. Sila letak pensel kamu semua." Aaahhhh! Waktu tu aku rasa nak menjerit jer kuat2 kat dalam kelas tuh walaupun aku smpat siapkan paper aku tuh. Tapi jiwa aku tak tenanglah.. Tak berkualiti langsung karangan yg aku hasilkan masa tuh.. Serious aku cakap wehh, aku masa tu berpeluh gila sebab pasal KECUAIAN aku masa tuh. Aku rasa itulah kali kedua aku rasa camtuh. (first time waktu aku darjah 5 means tahun lepas lah, yang tuh takyah citer)

Padahal karangan yang aku pilih tu senang jer.. Arahan karangan aku tuh camnih
'Sila akhiri cerita anda dengan "Aku ingin kunjungi ke tempat itu lagi", ' Senang right? Itu dikirakan karangan budak darjah 3 ngan darjah 4. Kan selalu cikgu kasi karangan camtuh waktu kita semua darjah 3 gitukan.. Hmmm... Itulah, aku dulu suka buat karangan camtuh.. Tapi bila dah lama kelamaan, dah mula masuk darjah 5 aku dh biasa buat karangan jenis laporan, surat tak rasmi gituh. So aku dh hilang 'keselesaan' aku dalam mereka karangan camtu lagi. Lagilah malu kalau aku dapat BM Penulisan 'B' sebab selama ni aku dikenali oleh keluarga aku sebagai orang yg suka baca buku citer BM. Haihh, apakan daya, tak boleh diubah pun kalau mengenang balik kesilapan yang lalu. Aku cuma boleh belajar dari mistake aku tuh supaya jangan buat lagi di masa hadapan. Harap2 miracle berlakulah esok waktu pengumuman result kitorang semua. Harap2 nama aku dipanggil naik ke atas pentas untuk menerima anugerah 5 A! Amin ya Rabbal Alamin.. Korang yg baca entri aku kali ni mesti penat kan? Berjela-jela aku cerita pasal kecuaian aku waktu menjawab exam. Hmm, harap2 aku dapat 5 A esok including my friends jugak.. Apa2pun yang terjadi aku kena redha jugak esok..

Wednesday 3 October 2012

Setelah Dua Bulan Berlalu






Assalamualaikum dan hai semua! Sorry sangat sebab dh lama tak update, (tapi kalau update pun, ada org ke nak baca?) hahaha, tu tak kesahlah ade ke tidak, janji tulis. Cuba tengok entri yang paling terbaru sebelum entri ni, pasal ramadhan nak menjelma.. Huiih, memang dah hampir 2 bulan tak sentuh blog ni, berhabuk sudaa :) Oklah, anyway, sekarang UPSR sudah pun habis. Memang satu kemerdekaan buat semua budak yang sama umur dengan saya, right? Memang aku enjoy gila lah lepas UPSR, masa asyik dihabiskan dengan men-surfing internet je keje.. Lepastu lagi2 menjadilah minat tengok cerita 'running man' tuh, yang cerita korea tu.. TETAPI! enjoy enjoy pun, masih ada peperiksaan besar yang menanti lepas tuh, UPSRA lah pulakk.. haih, and tadi baru je habis buat hafazan dengan shafawi tadi. ujian ni ada dari hari ini (khamis) until hari khamis minggu depan. Tapi, lepas tu adalah pulak ujian PKSR2 for sekolah kebangsaan pulak.. haihh, eh, asyik mengeluh je dari tadi., mesti korang pun rasa penat baca entri kali ni kan? Sekarang, aku tengah guna laptop kawan, bernama Nabilah binti.. (dirahsiakan). Maklumlah, ujian tadi habis awal, jadi kitorang bertiga dengan sorang lagi kawan pun jalanlah kaki pulang ke rumah.. Jadi kitorang pun dh ada peluang doklah lepak kat rumah si kawan satu ni.. Tumpang seklai makan maggi kari, hehehe.. Sampai di sini sahajalah entri kali ini, jumpa di entri yang lain. :DD

Sunday 22 July 2012

Bulan Ramadhan Sudahpun Menjelang

 
 Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh. Ya, pejam celik pejam celik sudah pun masuk hari puasa yang kedua. Ikutkan dah lama aku tak post apa-apa entri kan? Pasal kem motivasi yang aku pernah sertai pun aku tak cerita kan. Hmm, yang lepas tu biarlah. Apa-apa pun, first thing aku nak ucapkan kepada semua umat Islam, SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN SEMPURNA! Ada sesiapa yang sudah beli atau tempah baju raya? Excited nak puasa ke excited nak beraya ni? Mesti tak sabar-sabar nak kumpul duit raya banyak-banyak kan tahun ni. Dengar kata, sekarang duit cetakan baru sudahpun ada orang yang guna. Ha, memang betul! Masa tu kawan aku dekat sekolah dia bawak duit-duit tu, memang cantiklah. Semuanya smooth macam duit RM5 yang lama. Tapi jangan duk sibuk berkhayal nak beraya jer, tunaikan ibadah puasa elok-elok dulu. 



Ha, korang semua tahukan apa itu malam Lailatul Qadar? Ianya berlaku dianatara 10 malam ramadhan yang terakhir. Siapa kat sini yang pernah berjaga pada malam tersebut? Kalau ada, memang aku tabik spring punyalah. Memang beruntung kalau dapat jumpa malam tu. Kalau nak, malam-malam bulan ramadhan ni, jangan lupa perbanyakkan solat-solat sunat, baca Al-Quran, berzikir, bersedekah dan melakukan perkara yang membawa kebaikan. Jangan sibuk nak tengok cerita kartun aja. Ok, sampai sini sahaja entri kalini, baibai, assalamualaikum dan selamat menunaikan ibadah puasa. 















Sunday 3 June 2012

duit dah jumpa tuan lain



Assalamualaikum and hai.
Waaaa! Geramlah aku, duit tabung aku semuanya tinggal secoet aja lagi. Bape puluh ringgit aja lagi, mana aku tak geram. Well, memang salah aku sebab tak pandai uruskan duit secara betul. But still, aku ni dahlah jenis orang yang suka kumpul novel walaupun dah baca tapi tak pernah ada, (selalunya untuk novel Kak AinMaisarah- gambar kat atas tu) Sepatutnya aku simpan duit then aku gunalah waktu akhir tahun nanti ke apa, bila dah habis UPSR and UPSRA. Barulah betul. Tapi insyaAllah, krew-krew BLINK BOOK serta Kak AinMaisarah (novelis pujaanku) akan datang ke sekolah aku. InsyaAllah, kalau tak jadi, reda jelah. Tapi masalah duit ni. Sepatutnya aku pentingkan masalah  ibadah aku yang masih belum sempurna. Ya, aku sedar juga. Tapi aku geramlah, duit ni aku bukannya boleh bekerja, hello! I'm still budak sekolah and i'm only 12. p/s: mungkin ada yang miskin ke ataupun lain bekerja, but i'm not one of it. Kalau jadilah pameran buku Kak Ain tu kat sekolah aku nanti, takkanlah aku datang jumpa setakat nak mintak autograf and bergambar saja? Habis tu buat apa aku penat-penat mintak dekat pengurus Kak Ain. Mestilah aku nak beli novel. Tapi duitnyalah.. Hmm, apalah nak jadi wahai cik Fatini Hamdan oooi  >__<

Monday 28 May 2012

Demam Korea

   

                                          Salamander Guru and The Shadow Gang

Hai and assalamualaikum! Huh, sekarang aku rasa macam terkena penyakit pulak. Penyakit ni, kalau tak makan ubat sehari memang tak sah. Boleh jadi lagi sakit kalau tertinggal ubat penawar ni. Entah kenapa, sekarang aku macam dah terkena penyakit bernama DEMAM KOREA. Tapi aku bukanlah orang yang terlalu bersikap fanatik dan tergila-gilakan drama korea gitu, cuma aku suka sangat tengok cerita korea especially kat channel ONE (393). Selalunya aku tak berapa suka tengok cerita Korea kat channel KBSW (391), tapi kebetulan tadi waktu aku tengah cari cerita yang best, tiba-tiba aku ternampak tajuk cerita korea 'Love Rain'. Aku pun terfikirlah, cerita apa tu? Cerita pasal Rain artis lelaki Korea tu ke? Aku pun bukaklah cerita tu. Rupa-rupanya tu cerita yang bibik aku pernah cakap. Dahlah watak utamanya pun aku suka iaitu Yoona (SNSD) dan satu lelaki watak utama dalam cerita He's Beautiful (tak tahu nama sebenar), cerita dia pun boleh tahanlah jugak. Cerita tu dah sampai episod 11 dah, tapi aku baru tahu sebab cerita tu waktu pukul 2.13 ptg hingga 3.23 ptg. So, macamanalah aku nak tahu, waktu tu aku pergi sekolah agama. Maklumlah, sekarangkan musim cuti pertengahan tahun, 2 minggu pulak tu! Buat apalagi, tengok tv and main gamelah banyak! Tapi sebelum tu, aku  kena ingat jugak yang minggu pertama ni aku ada kelas tambahan kat sekolah kebangsaan aku. Sekarangkan aku dah darjah 6, jadi kenalah masuk kelas tambahan untuk persediaan UPSR nanti.  Back to the topic, jadi sekarang ni aku memang suka 'banget' tengok cerita Korea. Ikutkan sekarang aku ada 5 cerita Korea yang aku suka. Antaranya adalah, jeng.. jeng.. jeng.. (drumroll please) aiyyo, ingat ni apaka? Okaylah, antaranya adalah :




1) Love You Thousand Times (dah pernah tengok, tapi layan jugajlah)
2) Rooftop Prince 
    3) Salamander Guru and The Shadow Gang (cerita terbaru! Ramai artis Korea!) 
    4) Love Rain

    5) Running Man


Semuanya best, ikutkan ada banyak lagi, tapi yang lain tu semuanya ala kadar sahaja. Maksudnya tengok biasa-biasa jerlah. Ok, rasanya sampai sini sahajalah post aku untuk kali ni. Ikutkan sepatutnya kat blog ni dah ada banyak post, tapi bila aku nak tulis ajer, timing dah lepaslah, mood pun takdelah. So, post yang terpilih sahajalah yang dapat di-postkan ♥

  

Tuesday 8 May 2012

Kucing Comel


Hai and assalamualaikum semua! Alololo, comelnya kucing kat sebelah ni! ^____^ Hahahaha, aku post semata-mata pasal gambar kucing ni, saje takde keje. Opps, silap, of courselah aku ada kerja, akukan masih bergelar murid sekolah! Ikutkan, ada banyak kerja karangan BM aku tertangguh, adoyaiii -.-"  Sepatutnya aku siapkan kesemua kerja Karangan 1 at least, walaupun bila hantar nanti confirm asyik kene tanda 'lewat' ajer dengan cikgu BM aku. Tapi penyakit malas bertandang pulak kat diri aku ni tetiba, hmmm.. Sebenarnya, aku ada nak post pasal pesta buku yang aku pergi minggu lepas yang juga telah selesai and pasal muffin yang baru aje aku buat semalam. Tapi gambarnya pulak aku belum masukkan dalam laptop, jadi lainkali lah aku buat entri tu. InsyaAllah aku ubah gaya aku, yalah asyik tak siap kerja sekolah jer, jadi tension nanti nak uruskan pasal homework je. Okay, kali ni entri aku tak panjang pun, ringkas aje. Jumpa lain kali di next post, bai dan assalamualaikum ♥