Sunday 22 July 2012

Bulan Ramadhan Sudahpun Menjelang

 
 Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh. Ya, pejam celik pejam celik sudah pun masuk hari puasa yang kedua. Ikutkan dah lama aku tak post apa-apa entri kan? Pasal kem motivasi yang aku pernah sertai pun aku tak cerita kan. Hmm, yang lepas tu biarlah. Apa-apa pun, first thing aku nak ucapkan kepada semua umat Islam, SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN SEMPURNA! Ada sesiapa yang sudah beli atau tempah baju raya? Excited nak puasa ke excited nak beraya ni? Mesti tak sabar-sabar nak kumpul duit raya banyak-banyak kan tahun ni. Dengar kata, sekarang duit cetakan baru sudahpun ada orang yang guna. Ha, memang betul! Masa tu kawan aku dekat sekolah dia bawak duit-duit tu, memang cantiklah. Semuanya smooth macam duit RM5 yang lama. Tapi jangan duk sibuk berkhayal nak beraya jer, tunaikan ibadah puasa elok-elok dulu. 



Ha, korang semua tahukan apa itu malam Lailatul Qadar? Ianya berlaku dianatara 10 malam ramadhan yang terakhir. Siapa kat sini yang pernah berjaga pada malam tersebut? Kalau ada, memang aku tabik spring punyalah. Memang beruntung kalau dapat jumpa malam tu. Kalau nak, malam-malam bulan ramadhan ni, jangan lupa perbanyakkan solat-solat sunat, baca Al-Quran, berzikir, bersedekah dan melakukan perkara yang membawa kebaikan. Jangan sibuk nak tengok cerita kartun aja. Ok, sampai sini sahaja entri kalini, baibai, assalamualaikum dan selamat menunaikan ibadah puasa.