Friday 27 April 2012

Pesta Buku and Kedai Pink AinMaisarah





Assalamualaikum dan hai semua! Bila tengok tajuk, confirm korang boleh teka apa yang aku nak ceritakan kan? Huahua, okay, gini ceritanya. Tadi waktu aku on facebook aku, aku checklah bahagian home aku, tiba-tiba aku ternampak gambar Kedai Pink AinMaisarah which is my fav novelist! Kedai tu bukan main PINK, GEDIK, dan HOT! Hehehe, tapi memang cantiklah. Ramai gila orang kerumun kat kedai tu sambil bawak anak-anak dorang. Aku yang sekadar tengok dari skrin laptop je, bukan main nak gila sebab rasa tak sabar sangat. (Hahaha, mesti korang fikir aku ni obses kan? Suka hati koranglah, tapi aku memang gila novel!) Aku pun tunjuklah gambar tu kat abang akulah, bibik akulah. Macam orang tak siuman pun ada. Mwehehe.. Pastu aku scroll sikit ke bawah, ternampak pulak satu gambar yang agak blur iaitu gambar mak teh aku ngan ainmaisarah. Apalagi, buat aku lagi tak sabar nak pergi PWTC nanti. Hohoho, however, sebenarnya ada pakej yang dijual di Kedai Pink AinMaisarah tu nanti. Pakej tu berharga RM 150. Ada merchandise, barangan special, dan juga termasuk dengan 6 buah buku kat gambar atas tu. Keenam-enam buku tulah buku terbaru. Of courselah aku nak beli. Mak aku kata nak sponsor RM 100, nanti aku nak cuba tanya ayah aku pulak camano. Tapi aku still keluarkan duit tabung aku, aku bukannya bersenang-lenang guna duit ibu bapa jer. Sekarang pun aku dalam misi mengumpul buku-buku lama ainmaisarah yang aku dah baca tapi belum ada. Kira-kira lagi 7 buku aku belum ada. Mungkin bagi korang ada yang fikir aku ni membazir, bak kata kakak kandung aku, TAKDE LIFE sebab asyik dengan dunia buku jer. Tapi itulah hobi dan minat aku, nak buat camane kan? 

Ikutkan, maybe kitorang (me and my family) nak pergi esok, Sabtu - 28 April 2012. Tapi ayah aku tak izinkan sebab ada PERHIMPUNAN BERSIH lah katakan. So, pasrah jelah walaupun geram. Jadi mungkin kitorang pergi hari Ahad, ataup Sabtu atau Ahad minggu depan. Entri kalini pun dah sampai ke penghujung, dan sekarang menunjukkan pukul 10.40 malam jadi selamat malam :) Kalau yang nak tidur tu jangan lupa basuh kaki, basuh muka ke apa yang patut, jangan lupa solat Isyak bagi yang beragama Islam. Lepastu bila nak tidur, salam ibu dan bapa, pastu baring kat katil, mesti mengiring ke kanan, ikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Baca doa tidur dan tidurlah. (Panjang pulak aku terangkan cara nak tidur, hehe) Siapa yang nak tengok movie ke apa malam ni, hope korang enjoylah kay.  Okay, selamat malam dan senyum selalu. Night- night ♥

Thursday 26 April 2012

First Time Makan Tutti Frutti



Hai dan assalamualaikum! Kalau korang tengok tajuk mesti ada yang cakap aku ni 'jakon' sebab baru nak makan tutti frutti right? Okay, semalam adalah hari Rabu, or in english, Wednesday. Semalam aku ngan geng aku berserta budak sama umur tapi agak 'pendek' pun ikut gi koko. Waktu tu aku bawak RM 10 sebab hari tu bufday abang aku, so aku planlah nak beli coklat cadbury like that. Tapi kitorang semua teringin pulak nak cuba makan Tutti Frutti. Yalah, tak pernah makan, asyik tengok orang lain makan je, mestilah nak cuba. So, kitorang pun berdoalah moga-moga cukup duit gabungan kitorang, takutlah kalau tak cukup duit, buat malu jer nanti, heheh. Bila kitorang masuk kedai tu, cepat2 kitorang pergi kat murid sekolah kitorang yang tengah dok makan kat situ. Kitorang tanya-tanyalah macamana nak amik, camna nak bayar. Haha, bila ingat balek rasa lawak do :D Kitorang pun masih 'new' dalam bab tutti frutti ni so kitorang beli perisa taro jelah. Pastu topping dia kitorang letak jellybeans dan sedikit nips. Tu ajer, simple kan? Harga tutti tu adalah RM 9 lebih. Kitorang pun belilah then makan jap kat meja yang disediakan. Waktu tu, aku yang belanja, so lain kali yang lain pulak belanja. Kan senang, sharing is caring ;) Kay, sorry buat entry yang agak membosankan sebab perkaranya berlaku semalam, sepatutnya tulis semalam, sekarang pun dok tukar2, jap tengok fb, jap tengok post ni, jadi dah hilang mood nya. This entry ends here, bai-bai ♥

Friday 13 April 2012

Usahawan Cupcakes Bro

       

Assalamualaikum dan hai semua! Sekarang jam pukul 11.00 pagi.  Tiba-tiba semangat aku datang menyerap ke seluruh badan aku! Aku rasa macam tak sabar nak cerita kat korang semua! Tak tahulah, sejak kebelakangan ni aku macam nak sangat jadi usahawan cupcake. Aku rasa macam buat cupcake ni nampak hebat! Aku dah mula terasa nak buat cupcake sejak sekarang lepastu jual di gerai-gerai biasa dahulu. Lepastu dah earn more money, baru mula bukak perniagaan sendiri. OMG, aku rasa nak gila jap! Aku tak tahu kenapa, aku rasa excited sangat pasal cita-cita aku ni. Lagi-lagi dengan dua gambar buku di atas tu, aku mula baca dengan buku 'It's Raining Cupcakes' iaitu buku pertama. Ikutkan sejarah, aku beli buku tu waktu darjah 4, tapi itupun yang order melalui sekolah. Setiap tahun akan ada peng-oderan buku english. So, aku tertarik sket ngan buku ni, so aku mintaklah izin dari mak ayah aku then dorang kasi aku duit. Selalunya buku english macam ni, mesti RM 40 + kan? Tapi kalini perlu bayar RM 15 ringgit jer. WOW! Tapi, buku macamnilah yang cepat rosak sebab kulit terlebih nipis, kalau yang kulit tebal tu, walaupun mahal lagi, tapi memang berbaloi. InyaAllah kalau aku  pandai uruskan hal duit tabung aku, aku akan beli kedua-dua buku kat atas tu tapi yang kulit tebal. And, hopefully waktu aku nak beli tu masih ada di kedai buku.

Korang semua, jangan lupa baca entri selepas ini, aku nak post lagi. Tengok post atas post ni, sebab sepatutnya aku post semalam, tapi aku tertidur awal. Jadi sempat nak buat post tu selepas inilah. Okey, bai bai korang ^__^
Jumpa di next post! ♥

Monday 9 April 2012

Smart Do Bawak Go-Kart




Hai dan assalamualaikum semua! Untuk pengetahuan korang semua, aku ada masuk pertandingan DeCare   Challenge yang diadakan di Taman DeCare, Putrajaya. Or in English, DeCare Park, Putrajaya. Where in Presint 7.  Nervous do aku masa tu. Berpeluh-peluh badan aku sebab panas duduk di kereta 'go-kart'. Tapi yang malang sikit sebab aku terlupa perancangan aku. Sepatutnya aku pergi laluan yang ini, tapi kepala aku ni dok fikir jalan yang lain. Haiih, tapi aku haraplah agar my group yang terdiri daripada 5 orang (kumpulan kenderaan go-kart untuk SK Taman Melati) dapat menang untuk go-kart bergroup. For saman, umm, aku dapat 2 kertas saman. Alah, aku bukannya salah di litar, cuma aku tertinggal lagi 2 tempat yang patut dilawati. Sebab apa? Sebabnya sebab yang aku dah nyatakan kat atas tulah. Yang aku silap jalan dan terpaksa pusing balik.

Okay, tamat pasal DeCare Challenge. Aku nak cerita pasal pertandingan Lalulintas SHELL yang sudah pun berlalu dan sudah dapat keputusannya. Sepatutnya aku post benda ni awal lagi tapi masa tu aku belum cipta lagi blog ni, dan waktu tu timing dah terlepas. Okey, sebenarnya ada dua news yang aku nak bagitahu ni. Satu
BAD NEWS, dan satu lagi GOOD NEWS. Aku mulakan dengan bad news okey. Ni aku bagitahu keputusan kemenangan aja, yang kisah di sebaliknya aku taknak ceritalah. Nanti panjang berjela-jela pulak post aku kalini. Untuk keputusan pedal car persendirian (kalau dalam SHELL, aku naik pedal car.) aku tak menang untuk pedal car persendirian. Tapi untuk GOOD NEWS.... bunyikan dram please.. Tarik nafas, hembus.. SK TAMAN MELATI DAPAT TEMPAT JOHAN BAGI KESELURUHAN SEKOLAH RENDAH!! YEAYY! ^___^  Memang gembira sakan kitorang masa tu. Tapi untuk SMK Taman Melati, dikira sebagai kak abang kitorang, dorang dapat tempat NAIB JOHAN. Agak uh sikit, tapi, kiranya sekolah kat kawasan Taman Melati ni memang POWER ah!

p/s : aku tak dapat tunjukkan medal emas kitorang tu sebab ada dekat cikgu kitorang. Sebab nanti nak buat penyampaian hadiah kat sekolah. Nanti kalau dah dapat, insyaAllah aku rajin nak postkan ♥

Saturday 7 April 2012

Blogku Baru Bersalin




Hai semua! Ini pemilik blog http://medream90.blogspot.com dan juga http://fatinihamdan.blogspot.com , Kali ini aku bahasakan diri aku ni sebagai aku jelah okey? Back to the title post, tajuk 'Blogku Baru Bersalin'?? OMG, blog aku dah ada anak! Yeay! Selamat datang ke keluarga blog Fatini Hamdan!

Ikutkan, ini adalah anak kedua bog aku. Yolah, yang ibunya bernama http://fatinihamdan.blogspot.com  Yang kedua, yang medream tu. Jadi yang ketiga iaitu anak kedua blog first aku tuh. Kena buat majlis cukur jambul nih! Opps, silap, cukur kulit! Aku akan cukur kulit blog baru ni biar cantik! Wuhahaha ^__^ Hopefully, kalini aku dapat buatkan blog ni menarik supaya ramai orang bertandang nak tengok. Comelkan nama anak baru ni, Rainbow Button. Hasil daripada kawan aku bernama Huda yang baik hati berikan cadangan nama anak blog yang kiut-miut. Meow ♥