Friday 13 April 2012

Usahawan Cupcakes Bro

       

Assalamualaikum dan hai semua! Sekarang jam pukul 11.00 pagi.  Tiba-tiba semangat aku datang menyerap ke seluruh badan aku! Aku rasa macam tak sabar nak cerita kat korang semua! Tak tahulah, sejak kebelakangan ni aku macam nak sangat jadi usahawan cupcake. Aku rasa macam buat cupcake ni nampak hebat! Aku dah mula terasa nak buat cupcake sejak sekarang lepastu jual di gerai-gerai biasa dahulu. Lepastu dah earn more money, baru mula bukak perniagaan sendiri. OMG, aku rasa nak gila jap! Aku tak tahu kenapa, aku rasa excited sangat pasal cita-cita aku ni. Lagi-lagi dengan dua gambar buku di atas tu, aku mula baca dengan buku 'It's Raining Cupcakes' iaitu buku pertama. Ikutkan sejarah, aku beli buku tu waktu darjah 4, tapi itupun yang order melalui sekolah. Setiap tahun akan ada peng-oderan buku english. So, aku tertarik sket ngan buku ni, so aku mintaklah izin dari mak ayah aku then dorang kasi aku duit. Selalunya buku english macam ni, mesti RM 40 + kan? Tapi kalini perlu bayar RM 15 ringgit jer. WOW! Tapi, buku macamnilah yang cepat rosak sebab kulit terlebih nipis, kalau yang kulit tebal tu, walaupun mahal lagi, tapi memang berbaloi. InyaAllah kalau aku  pandai uruskan hal duit tabung aku, aku akan beli kedua-dua buku kat atas tu tapi yang kulit tebal. And, hopefully waktu aku nak beli tu masih ada di kedai buku.

Korang semua, jangan lupa baca entri selepas ini, aku nak post lagi. Tengok post atas post ni, sebab sepatutnya aku post semalam, tapi aku tertidur awal. Jadi sempat nak buat post tu selepas inilah. Okey, bai bai korang ^__^
Jumpa di next post! ♥

No comments:

Post a Comment