Monday 28 May 2012

Demam Korea

   

                                          Salamander Guru and The Shadow Gang

Hai and assalamualaikum! Huh, sekarang aku rasa macam terkena penyakit pulak. Penyakit ni, kalau tak makan ubat sehari memang tak sah. Boleh jadi lagi sakit kalau tertinggal ubat penawar ni. Entah kenapa, sekarang aku macam dah terkena penyakit bernama DEMAM KOREA. Tapi aku bukanlah orang yang terlalu bersikap fanatik dan tergila-gilakan drama korea gitu, cuma aku suka sangat tengok cerita korea especially kat channel ONE (393). Selalunya aku tak berapa suka tengok cerita Korea kat channel KBSW (391), tapi kebetulan tadi waktu aku tengah cari cerita yang best, tiba-tiba aku ternampak tajuk cerita korea 'Love Rain'. Aku pun terfikirlah, cerita apa tu? Cerita pasal Rain artis lelaki Korea tu ke? Aku pun bukaklah cerita tu. Rupa-rupanya tu cerita yang bibik aku pernah cakap. Dahlah watak utamanya pun aku suka iaitu Yoona (SNSD) dan satu lelaki watak utama dalam cerita He's Beautiful (tak tahu nama sebenar), cerita dia pun boleh tahanlah jugak. Cerita tu dah sampai episod 11 dah, tapi aku baru tahu sebab cerita tu waktu pukul 2.13 ptg hingga 3.23 ptg. So, macamanalah aku nak tahu, waktu tu aku pergi sekolah agama. Maklumlah, sekarangkan musim cuti pertengahan tahun, 2 minggu pulak tu! Buat apalagi, tengok tv and main gamelah banyak! Tapi sebelum tu, aku  kena ingat jugak yang minggu pertama ni aku ada kelas tambahan kat sekolah kebangsaan aku. Sekarangkan aku dah darjah 6, jadi kenalah masuk kelas tambahan untuk persediaan UPSR nanti.  Back to the topic, jadi sekarang ni aku memang suka 'banget' tengok cerita Korea. Ikutkan sekarang aku ada 5 cerita Korea yang aku suka. Antaranya adalah, jeng.. jeng.. jeng.. (drumroll please) aiyyo, ingat ni apaka? Okaylah, antaranya adalah :




1) Love You Thousand Times (dah pernah tengok, tapi layan jugajlah)
2) Rooftop Prince 
    3) Salamander Guru and The Shadow Gang (cerita terbaru! Ramai artis Korea!) 
    4) Love Rain

    5) Running Man


Semuanya best, ikutkan ada banyak lagi, tapi yang lain tu semuanya ala kadar sahaja. Maksudnya tengok biasa-biasa jerlah. Ok, rasanya sampai sini sahajalah post aku untuk kali ni. Ikutkan sepatutnya kat blog ni dah ada banyak post, tapi bila aku nak tulis ajer, timing dah lepaslah, mood pun takdelah. So, post yang terpilih sahajalah yang dapat di-postkan ♥

  

No comments:

Post a Comment